Assalamulaikum....
Salam pagi buat semua yg belum mengenali Che Chenta hati...
Rasanya dh masuk abad ke 21, tapi Che Chenta Hati baru belajar nak buat blog.
Asalnya Che Chenta Hati punyai blog dulo2, tapi dh lupa password...hahahahaha..nama blog pun dh lupe...Nauzubillah..
Tak pe la, Che Chenta Hati nak mulakan hidup baru
Taknak ingat mende2 lama dulo...
Azam baru walaupun dah masuk pertengahan tahun..takpe janji niat @ nawaitu kite untuk ke Jalan Allah
Mungkin kali ni, tak banyak catatan yg mampu Che Chenta Hati boleh shared tuk semua..
Tapi boleh melunaskan rasa sesak dan sebak dalam hati Che Chenta Hati...hrmmmmm..
Dalam maksud dia kan...hihihihihi
Rahsia antara hamba dengan PenciptaNya.
Che Chenta Hati suka berjalan2 atau makan angin, tapi masa cukup terbatas disamping bukan banyak duit pun.
Che Chenta Hati suka memerhatikan gelagat orang di sekeliling.
Boleh belajar dan mengenali seseorang dari tingkah laku mereka
Che Chenta Hati pun seorang yg cukup ohhh bukan cukup tapi memang sederhana.
Kerja pun cukup untuk tampung hidup, tak boleh lebih2.
Sepanjang tahun 2013 dan 2014, Che Chenta Hati adalah "melawat" beberapa tempat yang tak guna banyak duit la...(hahahahah..tapi banyak gak duit habis)
2013 Che Chenta Hati melawat USS atau nama panjang Universal Studio Singapore
Hrmmm best la jugak..tinggal kat JB pastu the next morning pegi USS naik bus.
Lama betul tak naik bus.Last naik bus masa sekolah dulo2.
Nanti Che Chenta Hati shared gambar2 masa kat USS dalam kisah ke USS yek.
Tahun 2014, Che Chenta Hati mendapat Undangan yang paling istemewa dari Allah swt menjadi tetamuNya mengerjakan Umrah di Mekkah dan Madinah.
Rasanya inilah invitation yang paling bermakna dalam hidup Che Chenta Hati.
Sepanjang tahun 2012 hingga 2015 Che Chenta Hati akan shared photo2 di lokasi2 tempat Che Chenta Hati dh lawat.
Sepanjang tahun tersebut, bukan sahaja banyak tempat2 yg Che Chenta Hati lawati, ada juga beberapa peristiwa yang menguris perasaan Che Chenta Hati berlaku.
Semoga semua ini membuatkan Che Chenta Hati menjadi hambaNya yg lebih kuat serta beriman dan bertakwa padanya.
In sha Allah, di ruang akan datang Che Chenta Hati dapat kongsikan bersama teman2 dan kenalan baru di ruangan ini.
Che Chenta Hati mohon maaf, jikalau ade bahasa atau kata2 yg di titipkan menbuat teman2 dan sahabat2 baru terguris hati atau tesentuh rasa.
Salam Sayang Che Chenta Hati buat semua..