Selasa, 30 Jun 2015
Bazaar Ramadhan
bismillahhirahmannirrahim...
Bertemu lagi setelah sekian lama.Che Chenta Hati agak busy 2 3 bulan ni.Maklumla banyak urusan.Nak2 plak dh bulan Ramadhan ni.Dalam kepala macam2 nak di buat untuk sambut Aidil Fitri.Tapi byk sgt kengkangannya.Menyebut tentang Ramadhan ni, dari hari pertama sampai la ke ke hari ini, Che Chenta Hati belum dapat menjejakkan kaki di Bazaar Ramadhan.Teman-teman kat office hari2 bercerita tentang pengalaman berbelanja di Bazaar Ramadhan.Che Chenta Hati melopong ajer la dengar cerita mereka- mereka ni semua.Rata-rata duduk complain pasal kuih kecik tapi harga mahal.Sejak- sejak kerajaan pimpinan Pemimpin 1 Malaysia ni kenalkan GST, banyak barang yang naik harga.Che Chenta Hati tak berani nak komen2 pasal GST ni, sebab nanti ada yang kurang senang.
Kalau nak bercerita tentang Bazaar Ramadhan, teringat kisah Che Chenta Hati pernah membeli ayam percik di Bazaar Ramadhan Subang SS19 18 tahun dahulu.Ayam percik yang ditawarkan memang nampak mengeliurkan.Masih ingat cam mane Che Chenta Hati beberapa kali telan air liur terpandangkan ayam percik makcik tu.Jadi nak di singkatkan cerita, Che Chenta Hati ambil seketul ayam dan 2 ketul hati ayam untuk di buat santapan berbuka puasa.Lantas Sang Penchenta Hati Che Chenta Hati meminta dengan makcik tu bungkus ayam dan hati tadi.Pada masa itu ada beberapa pasangan yang juga sedang memilih ayam percik dan juadah lain.Sang Penchenta Hati bertanya dengan makcik tadi, berapa semuanya bila makcik tdi menghulurkan bungkusan ayam percik dan hati.Dengan wajah yang bersahaja, makcik tersebut berkata " RM 25.00 jer adik"......krik...krik...krikkk..Terdiam seketika kami berdua.Sang Pengchenta Hati bertanya sekali lagi, mungkin kami berdua tersalah dengar." Berapa makcik?"..Sekali lagi makcik tadi mengulangi "RM 25.00 ajer dik"..Memang benarlah apa yang kami berdua dengar.Dengan pantas Sang Pengchenta Hati mengeluarkan note RM50.00 dan serahkan pada makcik tadi.Setelah wang dikembalikan, kami berdua terus menuju ke kereta dan pulang ke rumah.Hajat hati nak bemilih beberapa jenis kuih lagi.tapi kami berdua batalkan niat itu.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami berdua diam membisu tapi senyum-senyum.
Hari itu kami berbuka dengan nasi puteh bersama seketul ayam percik, 2 ketul hati ayam dan sayur tumis.Setelah selesai makan dan bersolat, baru lah Che Chenta Hati bertanya pada Sang Penchenta Hati.." Kenapa ayam percik ni mahal sangat?" Sampai sekarang kami berdua tak faham, kanapa ayam percik makcik ni mahal sangat.sedangkan selepas hari itu kami pergi ke Bazaar Ramadhan yang sama tetapi gerai berlainan, ayam percik juga harga seketul ayam percik baru RM1.50 -RM 2.50( harga 18 tahun dahulu).Hrmmmmmm, kami bersangka baik, mungkin pada masa itu makcik tersebut terlalu sibuk melayan pelanggan lain, dan disangkakan kami mengambil beberapa ketul ayam percik bersama hati ayam.Ataupun mungkin ayamnya mempunyai resepi rahsia turun temurun yang sangat enak kot.Tak apa lah, dah jadi darah daging Che Chenta Hati dan Sang Pengchenta Hati pun.
Itulah pengalaman mewah Che Chenta Hati berbelanja di Bazaar Ramadhan yang tak boleh dilupakan.
Rasanya semua orang ada pengalaman masing2 dalam berbelanja di Bazaar Ramadhan.Apa-apa pun, yang penting di bulan Ramadhan ini, bukanlah terletak pada kuih muih, lauk pauk yang di tawarkan di berbagai Bazaar Ramadhan, tetapi yang paling penting ibadah dan amalan-amalan kita sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini.Siapa kita untuk menilai atau menghitung pahala orang lain di bulan Ramadhan ini.
In sha Allah..Apa yang Che Chenta Hati harapkan, semoga Ramadhan ini memberi banyak kebaikkan dalam diri Che Chenta Hati.Semoga Che Chenta lebih kuat, lebih tabah dan lebih berkeyakinan dalam apa juga yang Che Chenta lakukan.Amin
Salam Ramadhan dan salam sayang...
Langgan:
Ulasan (Atom)