Ahad, 24 Januari 2016

Teman Setia- Coret2 2016

20th January 2016

 Bismillahhirahmannirrahim...

 Salam Tahun Baru 2016!!..Ampun dan maaf mohon diminta jika ada kesilapan dan kekurangaan di blog che chenta hati ini.Kita hanya manusia yg lemah dan sentiasa melakukan kesilapan.Tapi kita di beri pilihan untuk berubah dan menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.Begitu juga dengan Che Chenta Hati.
Banyak yang Che Chenta Hati lalui sepanjang 2015.Bila di kira serta di hitung, banyak air mata kesedihan dari air mata kegembiraan.Alhamdullilah, semua ini Dugaan dariNya.Nak melihat sejauh mana keimanan dan ketakwaan Che Chenta Hati padaNya.Rasa bersyukur kerana Che Chenta Hati masih di beri rezeki olehNya untuk merasa air mata yang menitis dari kelopak mata. Mungkin ada orang lain tak bisa lagi untuk mengalir air mata kerana urat sarat air mata telah rosak dek kerana suntikan botox yang berlebihan.Nauzubillah
Tahun ini, azam baru Che Chenta HAti, nak jaga body....hahahahaha...maklumla dh masuk 4 series ni macam2 penyakit datang.Itu pun dugaan dari Allah swt.
Langkah pertama Che Chenta HAti kena lakukan ialah bersihkan hati dulu.Dalam hati ni penuh rasa tak puas hati, benci dan jugak dendam.Yang penting skrg nak buang semua tu.Nak banyakkan senyuman.Biar sampai orang cakap macam" Dh giler ke minah tu...senyum sorang2 dr tadi"..wakakakaka.Tak pe la, janji hati Che Chenta Hati dh bersih sikit.
Langkah kedua, bila hati dah bersih campur pulak dengan senyuman manis tu, Che Chenta Hati nak start workout.Pegi gym and riadah hujung minggu.Che Chenta HAti ada la survey2 gym wanita yang dekat2 dengan rumah.Hurmmmmmm.....ok la jugak.Harga bole tahan la.Macam rumah mampu milik, bole la nak bayar( kena consider jugak, sbb belanja keperluan rumah, bil2 dan keperluan anak2 kena dahulukan)

                                                                Ultimate Power Gym

Ulimate Power Gym menjadi pilihan hati. Sekangkang kera dari rumah.
Macam2 kemudahan di sediakan dan peralatan  fitness yg di sediakan di bahagi kepada 2 kategori
1) Alat fitness "free weight" -barbel,dumbbell,weight plate,EZ Curl bar,Tricep bar,bench,preacher                                                       bench,arm blaster,swiss ball and etc(time sklh tak boleh pki "etc"..nti                                                     kena potong markah!hahahaha)
2) Alat fitness "machine"-leg press machine,hack squat machine,leg extension machine dan sewaktu                                             dengannya


Ok..now dh tau nama2 peralatan fitness nak guna, so dh bole start pegi gym...yeyeyeyeyeye....Che Chenta Hati nak sumbangkan diri pegi gym lepas keje.Bole release tension skali.
Hari minggu pagi, Che Chenta Hati akan ke taman2 kat sekitar rumah untuk walking or jogging.Ni aktiviti Che CHenta Hati dh start tahun lepas.Tapi ikut mood....ni la problem org pompuan.Asyik ikut mood jer...kikikikikiki..

Azam kedua, nak start baking....( ni azam org lain dh lama start, iskkk3...ketinggalan betul!) Baking untuk diri sendiri dengan family aje.Tahun lepas dh beli oven, tahun ni segala kelengkapan untuk baking dh beli batch by batch.Che Chenta Hati pernah cuba menyediakan choco muffin, strawberry cheese cake, oreo cheese cake and bake lasagna tempohari.Lumayan hasilnya bagi beginner macam Che Chenta Hati ni... :)

                                                   
                                                Mission choco muffin complete




                                                 Lasagna 2 lapisan siap sedia untuk di baking!


Azam ketiga, nak pegi melancong.Che Chenta Hati sudah black listkan beberapa tempat yg tak sabar2 nak di kunjungi. Namun ianya bergantung pada ongkosnya.Klu ada rezeki in sha Allah sampai la Che Chenta Hati ke tempat yang di idamkan itu.

Alhamdullilah, dh sampai ke penghujung sembang2 arini.Klu ada kesempatan lagi, Che Chenta Hati update gosip2 terbaru.Moga kita bole bertemu lg dengan izin Allah swt.


Assalamualaikum...






Selasa, 30 Jun 2015

Bazaar Ramadhan

bismillahhirahmannirrahim... Bertemu lagi setelah sekian lama.Che Chenta Hati agak busy 2 3 bulan ni.Maklumla banyak urusan.Nak2 plak dh bulan Ramadhan ni.Dalam kepala macam2 nak di buat untuk sambut Aidil Fitri.Tapi byk sgt kengkangannya.Menyebut tentang Ramadhan ni, dari hari pertama sampai la ke ke hari ini, Che Chenta Hati belum dapat menjejakkan kaki di Bazaar Ramadhan.Teman-teman kat office hari2 bercerita tentang pengalaman berbelanja di Bazaar Ramadhan.Che Chenta Hati melopong ajer la dengar cerita mereka- mereka ni semua.Rata-rata duduk complain pasal kuih kecik tapi harga mahal.Sejak- sejak kerajaan pimpinan Pemimpin 1 Malaysia ni kenalkan GST, banyak barang yang naik harga.Che Chenta Hati tak berani nak komen2 pasal GST ni, sebab nanti ada yang kurang senang. Kalau nak bercerita tentang Bazaar Ramadhan, teringat kisah Che Chenta Hati pernah membeli ayam percik di Bazaar Ramadhan Subang SS19 18 tahun dahulu.Ayam percik yang ditawarkan memang nampak mengeliurkan.Masih ingat cam mane Che Chenta Hati beberapa kali telan air liur terpandangkan ayam percik makcik tu.Jadi nak di singkatkan cerita, Che Chenta Hati ambil seketul ayam dan 2 ketul hati ayam untuk di buat santapan berbuka puasa.Lantas Sang Penchenta Hati Che Chenta Hati meminta dengan makcik tu bungkus ayam dan hati tadi.Pada masa itu ada beberapa pasangan yang juga sedang memilih ayam percik dan juadah lain.Sang Penchenta Hati bertanya dengan makcik tadi, berapa semuanya bila makcik tdi menghulurkan bungkusan ayam percik dan hati.Dengan wajah yang bersahaja, makcik tersebut berkata " RM 25.00 jer adik"......krik...krik...krikkk..Terdiam seketika kami berdua.Sang Pengchenta Hati bertanya sekali lagi, mungkin kami berdua tersalah dengar." Berapa makcik?"..Sekali lagi makcik tadi mengulangi "RM 25.00 ajer dik"..Memang benarlah apa yang kami berdua dengar.Dengan pantas Sang Pengchenta Hati mengeluarkan note RM50.00 dan serahkan pada makcik tadi.Setelah wang dikembalikan, kami berdua terus menuju ke kereta dan pulang ke rumah.Hajat hati nak bemilih beberapa jenis kuih lagi.tapi kami berdua batalkan niat itu.Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami berdua diam membisu tapi senyum-senyum. Hari itu kami berbuka dengan nasi puteh bersama seketul ayam percik, 2 ketul hati ayam dan sayur tumis.Setelah selesai makan dan bersolat, baru lah Che Chenta Hati bertanya pada Sang Penchenta Hati.." Kenapa ayam percik ni mahal sangat?" Sampai sekarang kami berdua tak faham, kanapa ayam percik makcik ni mahal sangat.sedangkan selepas hari itu kami pergi ke Bazaar Ramadhan yang sama tetapi gerai berlainan, ayam percik juga harga seketul ayam percik baru RM1.50 -RM 2.50( harga 18 tahun dahulu).Hrmmmmmm, kami bersangka baik, mungkin pada masa itu makcik tersebut terlalu sibuk melayan pelanggan lain, dan disangkakan kami mengambil beberapa ketul ayam percik bersama hati ayam.Ataupun mungkin ayamnya mempunyai resepi rahsia turun temurun yang sangat enak kot.Tak apa lah, dah jadi darah daging Che Chenta Hati dan Sang Pengchenta Hati pun. Itulah pengalaman mewah Che Chenta Hati berbelanja di Bazaar Ramadhan yang tak boleh dilupakan. Rasanya semua orang ada pengalaman masing2 dalam berbelanja di Bazaar Ramadhan.Apa-apa pun, yang penting di bulan Ramadhan ini, bukanlah terletak pada kuih muih, lauk pauk yang di tawarkan di berbagai Bazaar Ramadhan, tetapi yang paling penting ibadah dan amalan-amalan kita sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini.Siapa kita untuk menilai atau menghitung pahala orang lain di bulan Ramadhan ini. In sha Allah..Apa yang Che Chenta Hati harapkan, semoga Ramadhan ini memberi banyak kebaikkan dalam diri Che Chenta Hati.Semoga Che Chenta lebih kuat, lebih tabah dan lebih berkeyakinan dalam apa juga yang Che Chenta lakukan.Amin Salam Ramadhan dan salam sayang...

Isnin, 20 April 2015

Suami Terbaik

Bismillahhirahmannirahim,

Salam sayang pada semua..

" Bertemu denagnmu adalah takdir
Jatuh cinta denganmu adalah restu Allah
Menjadi isterimu adalah Redha Allah dan jodohku
Denganmu aku ingin menjadi hidup seribu tahun lagi
Cintamu membuat hidupku sempurna"

"Allah ciptakan jodoh/pasangan kita 50,000 tahun dahulu sebelum Alla swt ciptakan Bumi & Syurga"

Indah kata2 di atas.Kita tak tahu siapa jodoh kita, tak tahu bagaimana jodoh kita sehingga kita bertemu dan hidup bersamanya.

Yang penting dalam hidup berumahtangga kesetiaan , kesabaran dan kepercayaan.
Iman dan takwa adalah kunci penting dalam rumahtangga.
Che Chenta Hati pun mengharapkan 3 kunci itu dalam rumahtangga.

Rumahtangga yg sentiasa di penuhi dengan air mata akan suram.
Ada seorang sahabat Che Chenta Hati yg berada jauh di London kongsikan kata2 ini

"If happiness is in your house then sorrow at your door and if sorrow in your house then the happiness at your door"

Setiap pasangan yg berkahwin mahukan kebahagian hingga ke Jannah.
Che Chenta Hati doakan semua pasangan suami isteri dia dunia mendapat keredhaan dari Allah swt dan berkekalan hingga ke Jannah.

Che Chenta Hati rindu...

Salam sayang










Bila hati di sakiti

Bismillahhirahmannirahim, Kenapa harus gelisah?? Bukan kah Allah swt menciptakan hati seorang anak Nabi Adam dengan penuh kemuliaan dan seharusnya mencintai Penciptnya. Che Chenta Hati bukanlah seorang penyair, puitis or orang yang pandai menitip kata kata romantik.Masa sekolah dulu pun tak mengikuti kelas sastera pun( x layak kot..."kayu"..hahahaha)Tapi dalam soal hati, Che Chenta Hati mudah tersentuh. Nak2 kalau issue ttg orang yg kita sayang lagi di kasihi.Ada orang cakap, blog ni tempat kita meluahkan segala rasa sakit suka di dalam hati.Ada kebenaranya tapi x semua org bole meluahkan perasaan nya di sini. Che Chenta Hati penah di hina ole seseorang hanya kerana dia mahu menunjukkan diri tu lebih baik dari Che Chenta Hati.berbagai kata kata yg menghiris hati Che Chenta Hati di lemparkan.Menangis dan menangis hanya mampu Che Chenta Hati lakukan.Maaf Che Chenta Hati tidak dapat teruskan.... Salam sayang,

Ahad, 29 Mac 2015

Salam Perkenalan

Bismillahhirahmanirrahim,

Assalamulaikum....

Salam pagi buat semua yg belum mengenali Che Chenta hati...
Rasanya dh masuk abad ke 21, tapi Che Chenta Hati baru belajar nak buat blog.
Asalnya Che Chenta Hati punyai blog dulo2, tapi dh lupa password...hahahahaha..nama blog pun dh lupe...Nauzubillah..
Tak pe la, Che Chenta Hati nak mulakan hidup baru
Taknak ingat mende2 lama dulo...

Azam baru walaupun dah masuk pertengahan tahun..takpe janji niat @ nawaitu kite untuk ke Jalan Allah
Mungkin kali ni, tak banyak catatan yg mampu Che Chenta Hati boleh shared tuk semua..
Tapi boleh melunaskan rasa sesak dan sebak dalam hati Che Chenta Hati...hrmmmmm..
Dalam maksud dia kan...hihihihihi
Rahsia antara hamba dengan PenciptaNya.

Che Chenta Hati suka berjalan2 atau makan angin, tapi masa cukup terbatas disamping bukan banyak duit pun.
Che Chenta Hati suka memerhatikan gelagat orang di sekeliling.
Boleh belajar dan mengenali seseorang dari tingkah laku mereka
Che Chenta Hati pun seorang yg cukup ohhh bukan cukup tapi memang sederhana.
Kerja pun cukup untuk tampung hidup, tak boleh lebih2.

Sepanjang tahun 2013 dan 2014, Che Chenta Hati adalah "melawat" beberapa tempat yang tak guna banyak duit la...(hahahahah..tapi banyak gak duit habis)
2013 Che Chenta Hati melawat USS atau nama panjang Universal Studio Singapore
Hrmmm best la jugak..tinggal kat JB pastu the next morning pegi USS naik bus.
Lama betul tak naik bus.Last naik bus masa sekolah dulo2.
Nanti Che Chenta Hati shared gambar2 masa kat USS dalam kisah ke USS yek.

Tahun 2014, Che Chenta Hati mendapat Undangan yang paling istemewa dari Allah swt menjadi tetamuNya mengerjakan Umrah di Mekkah dan Madinah.
Rasanya inilah invitation yang paling bermakna dalam hidup Che Chenta Hati.

Sepanjang tahun 2012 hingga 2015 Che Chenta Hati akan shared photo2 di lokasi2 tempat Che Chenta Hati dh lawat.

Sepanjang tahun tersebut, bukan sahaja banyak tempat2 yg Che Chenta Hati lawati, ada juga beberapa peristiwa yang menguris perasaan Che Chenta Hati berlaku.
Semoga semua ini membuatkan Che Chenta Hati menjadi hambaNya yg lebih kuat serta beriman dan bertakwa padanya.

In sha Allah, di ruang akan datang Che Chenta Hati dapat kongsikan bersama teman2 dan kenalan baru di ruangan ini.

Che Chenta Hati mohon maaf, jikalau ade bahasa atau kata2 yg di titipkan menbuat teman2 dan sahabat2 baru terguris hati atau tesentuh rasa.


Salam Sayang Che Chenta Hati buat semua..